Apakah maksud 'secepat mungkin' Takiyuddin, tanya Nik Nazmi - Utusan Malaysia

Apakah maksud ‘secepat mungkin’ Takiyuddin, tanya Nik Nazmi

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : ‘Kalau ikut Takiyuddin tiga bulan adalah secepat yang mungkin.”

Demikian sindiran Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Jelas Nik Nazmi, tempoh secepat mungkin yang mungkin dimaksudkan Takiyuddin adalah tiga bulan.

“Kalau ikut Takiyuddin, tiga bulan adalah secepat yang mungkin. Patutlah kita selalu dengar kerajaan akan tangani Covid-19 secepat yang mungkin.

“Nampaknya kita dah salah tafsir maksud kerajaan,” kata Nik Nazmi dalam ciapan Twitternya.

TAKIYUDDIN HASSAN

Semalam, Takiyuddin menjelaskan, Yang di-Pertuan Agong tidak menitahkan tarikh yang tepat untuk Parlimen bersidang dengan menjelaskan perkataan digunakan dalam kenyataan Seri Paduka adalah persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

“Yang di-Pertuan Agong pun tidak menitahkan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan pada bulan tertentu, sebaliknya secepat mungkin.

“PM (Perdana Menteri) kata pun September atau Oktober. Sekarang kita dah hampir penghujung Jun. Selepas ini Julai, Ogos, September sudah hampir. Pasti persidangan akan diadakan,” katanya pada Bicara Harakah bertajuk ‘Proklamasi Darurat: Berjaya atau Sebaliknya’ yang disiarkan secara maya semalam.

Seri Paduka menzahirkan pandangan sesi persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Titah itu dikeluarkan selepas Sesi Perbincangan Khas antara Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-raja Melayu di Istana Negara semalam.

Selain itu, tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Ahmad dalam sindirannya menyifatkan semua pihak perlu berhujah dengan menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) memakai data sains.

“Mana boleh cakap pasal ‘maruah’, ‘adab’, ‘hormat’ ‘tanggungjawab’, ‘integriti’ dan lain-lain prinsip kepemimpinan. Sebab itu, mereka tak boleh ‘brain’ kegagalan mereka,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ketua Pemuda Parti Pejuang, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin pula mengatakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu kemaskini takrifan daripada segi bahasa tentang maksud ’segera’ pada selepas ini.

“Mahu faham apa maksud dan takrifan ‘segera’ bagi YB Takiyuddin Hassan? Antara sebelum dan selepas jadi kerajaan merangkap Menteri Undang-Undang?,” soal beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.