SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah menyarankan supaya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan berlangsung pada Ogos ini ditangguhkan susulan konflik Asia Barat. Malah, baginda juga menasihatkan supaya penganjuran Piala Sultan Selangor bagi perlawanan bola sepak tahunan antara Selangor dan Singapura bagi tahun ini dibatalkan. “Beta difahamkan peruntukan yang diperlukan adalah sangat tinggi. Dalam keadaan ekonomi semasa, beta berpandangan lebih wajar penganjuran tersebut ditangguhkan sehingga krisis di Timur…










