Apa susah sangat nak pertimbang kedai alat tulis beroperasi, persoal Mahfuz - Utusan Malaysia

Apa susah sangat nak pertimbang kedai alat tulis beroperasi, persoal Mahfuz

MAHFUZ OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, bukan satu keputusan yang sukar bagi kerajaan untuk membenarkan kedai fotostat dan alat tulis kembali beroperasi pada tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu berkata, semua pihak mengetahui kedai berkenaan menjadi keperluan pelajar dan mengajar untuk sesi persekolahan.

Sedangkan, kata beliau, semasa mula-mula PKP 3.0 dilaksanakan, kilang arak boleh pula dibenarkan beroperasi.

“Tak kan tak kenai (kenal) arak dan judi. Bila rakyat bantah baru tutup,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Beliau memberi respons terhadap laporan mengatakan kerajaan sedang mempertimbang untuk membenarkan kedai fotostat dan alat tulis kembali beroperasi pada tempoh pelaksanaan PKP.

Terdahulu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid dilaporkan berkata, kementeriannya telah menyuarakan permohonan tersebut kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat lalu.

“Saya difahamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga telah mengemukakan permohonan sama kepada MKN semalam.

“Kita sedar rungutan ramai ibu bapa tentang penutupan kedai alat tulis dan fotostat sedangkan ia amat perlu untuk anak-anak mereka yang sedang menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN