Kemboja gesa Thailand sambung semula rundingan isu sempadan yang dipertikaikan

Kemboja gesa Thailand sambung semula rundingan isu sempadan yang dipertikaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Kemboja menggesa Thailand supaya menyambung semula rundingan secepat mungkin berhubung isu sempadan yang telah lama dipertikaikan dan mencetuskan pertempuran maut tahun lalu.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet berkata, beliau sangat berharap kedua-dua negara jiran itu dapat bekerjasama dengan segera dan penuh keikhlasan.

“Ini akan menjadi asas kepada keamanan jangka panjang yang membolehkan rakyat di sepanjang sempadan bersama hidup dengan aman. Kemboja bersedia sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow berkata, negaranya belum bersedia untuk menyambung semula rundingan, walaupun kerajaan baharu baru sahaja dibentuk.

Apabila ditanya mengenai gesaan baharu Kemboja untuk rundingan, beliau berkat,a Kemboja mempunyai hak untuk berbuat demikian, namun Thailand mempunyai prosedur sendiri yang perlu dipatuhi.

Kedua-dua negara Asia Tenggara itu telah lama berselisih selama beberapa dekad mengenai persempadanan sempadan sepanjang 800 kilometer (km), peninggalan era penjajahan Perancis.

Pertikaian itu meletus menjadi beberapa siri pertempuran tahun lalu, menyebabkan puluhan maut dan lebih sejuta orang terpaksa berpindah pada Julai dan Disember.

Kedua-dua negara menandatangani perjanjian gencatan senjata pada akhir Disember yang membenarkan rundingan sempadan diteruskan.

Namun ketegangan di kawasan sempadan masih berterusan, dengan kedua-dua pihak saling menuduh melanggar gencatan senjata.

Kemboja mendakwa tentera Thailand menawan beberapa kawasan di wilayah sempadan, bertentangan dengan perjanjian dan menuntut pengunduran mereka.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×