Aksi Itali buat Mancini 'tersenyum' - Utusan Malaysia

Aksi Itali buat Mancini ‘tersenyum’

PEMAIN Itali meraikan kejayaan mara ke pusingan kalah mati selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Switzerland.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME : Pengendali Itali, Roberto Mancini memuji anak buahnya selepas kejayaan menundukkan Switzerland 3-0 sekali gus menjadi pasukan pertama mara ke pusingan 16 terakhir Euro 2020.

Jelasnya, Switzerland merupakan pasukan yang kuat dan memberi cabaran cukup sengit kepada skuad Azzurri namun dua gol menerusi Manuel Locatelli serta satu hasil ledakan Ciro Immobile memberi tiga mata berharga buat Itali.

ROBERTO Mancini- AFP

“Switzerland pasukan yang kuat dan mereka memberi cabaran yang sukar kepada kami tetapi pada akhirnya kemenangan menjadi milik kami.

“Pasukan beraksi baik dan begitu inginkan kemenangan. Mereka (pemain) bermula dengan baik, bukan mudah untuk menang perlawanan kedua dalam tempoh lima hari,” kata Mancini.

Dalam pada itu, Mancini berharap tiada kecederaan serius menimpa kaptennya Giorgio Chiellini selepas terpaksa dikeluarkan pada babak pertama susulan kecederaan di bahagian paha.

“Kami harap tiada apa-apa yang serius, kita akan lihat esok,” ujarnya.

Itali kini berada dikedudukan teratas kumpulan A dengan mengumpul enam mata manakala Wales ditangga kedua (4 mata) dan kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan bagi menentukan juara kumpulan pada Isnin ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.