ADUN Pengkalan Hulu serah tiga bulan gaji, elaun bantu penduduk - Utusan Malaysia

ADUN Pengkalan Hulu serah tiga bulan gaji, elaun bantu penduduk

AZNEL Ibrahim (kiri) menyerahkan sumbangan barang makanan kepada wakil penduduk yang terjejas disebabkan PKPD di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Pengkalan Hulu, Perak, hari ini. - UTUSAN/NORLIA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim menyerahkan semua elaun dan gajinya selama tiga bulan bagi membantu penduduk yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di sini.

Aznel berkata, Pengkalan Hulu mula menjalankan PKPD mulai hari ini hingga 19 Jun ini dan ramai terkesan apabila tidak dapat keluar bekerja serta melakukan kegiatan ekomoni mereka.

“Saya rasa sangat bertanggungjawab membantu penduduk di sini yang kebanyakannya bekerja sendiri seperti menoreh getah, berkebun dan peniaga kecil yang pendapatan mereka tidak menentu.

“Tambahan pula dengan perintah PKPD ini, mereka semua tidak dibenarkan keluar rumah dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19 ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Pengkalan Hulu di sini, hari ini.

Menurut Aznel, anggaran bilangan rumah yang perlu diberi bantuan hampir 1,000 buah antaranya Kampung Air Panas, Kampung Kuak Luar, Kampung Alai dan Kampung Baru, Kampung Lalang.

Katanya, antara barangan keperluan yang dihantar ke rumah penduduk ialah beras, gula, minyak masak, tepung gandum, biskut, kopi, teh, telur dan sardin.

“Saya harap bantuan yang sedikit ini dapat membantu mereka sementara menunggu tempoh PKPD berakhir dan harap mereka semua mematuhi segala arahan dikeluarkan.

“Dari masa ke semasa, kita akan memantau keadaan mereka dan bantuan tetap disalurkan berdasarkan keperluan penduduk,” katanya – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya