Adakah kilang arak perkhidmatan perlu soal Pemuda Amanah -

Adakah kilang arak perkhidmatan perlu soal Pemuda Amanah

Kevin Shawn Gomez
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Pemuda Amanah mempersoalkan tindakan  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang didakwa membenarkan sebuah kilang arak di Shah Alam beroperasi ketika perintah sekatan penuh atau total lockdown sekarang ini.
Ini ekoran tular di media sosial surat kebenaran (CIMS 3.0) dari kementerian itu untuk kilang arak berkenaan terus menjalankan operasi dalam tempoh lockdown itu.
Naib Ketuanya, Kevin Shawn Gomez berkata, berdasarkan pengumuman oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya industri makanan dan minuman yang merupakan ‘Essential Services’ yang akan dibenarkan beroperasi.
“Kini timbul persoalan adakah produk-produk kilang (arak itu) merupakan produk keperluan asas bagi rakyat Malaysia dan juga para barisan hadapan menghadapi pandemik Covid-19 yang semakin mengganas.
“Pemuda Amanah Nasional menuntut penjelasan terperinci dari Menteri Kanan MITI, Datuk Seri Azmin Ali kerana kementerian beliau yang memberi kebenaran untuk beroperasi dan apakah dalil-dalil beliau untuk mempertahankan keputusan tersebut.
“Pemuda Amanah Nasional juga ingin memuji Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diam seribu bahasa dan terus menjadi sebahagian daripada kerajaan yang tidak mengamalkan pendekatan ‘Syariah Compliance’ sepertimana yang dilaung-laungkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, Pemuda Amanah mendesak kerajaan agar menyemak semula kebenaran yang diberikan kepada industri-industri ‘non essential’ untuk meneruskan operasi dalam tempoh ‘total lockdown’ ini.
“Usah bermain judi dengan nyawa rakyat,” tegasnya. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya