6,276 kes positif; 4,929 kes sembuh; 62 kematian - Utusan Malaysia

6,276 kes positif; 4,929 kes sembuh; 62 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 melebihi 6,000 iaitu 6,276 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 4,929 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 62 kes kematian dicatatkan dengan 905 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 452 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 64,129 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 2,836 kes diikuti Negeri Sembilan (644), Kuala Lumpur (625), Sarawak (376), Johor (299), Sabah (242), Kedah (226), Melaka (223) dan Pahang (210).

“Baki negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Kelantan (159), Perak (137), Labuan (132), Pulau Pinang (131), Terengganu (20), Putrajaya (11) manakala Perlis, lima kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya