3 beranak maut SUV bertembung bas ekspres di Dungun - Utusan Malaysia

3 beranak maut SUV bertembung bas ekspres di Dungun

MOHD. Zuki  Yusof (kanan),  Nur Farraheeda Ali Khan dan Nasyreen Umayra (belakang, kiri) maut dalam kemalangan  di Kilometer 25, Jalan Paka-Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di Dungun, Terengganu,  petang ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Tiga beranak termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 25, Jalan Paka-Al Muktafi Billah Shah (AMBS) di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 petang itu, Mohd. Zuki Yusof, 44, yang merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya 2 bersama isterinya, Nur Farraheeda Ali Khan, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Anak pasangan itu, Nasyreen Umayra Mohd. Zuki pula menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya kira-kira pukul 6.20 petang.

Seorang lagi anak mereka, Damia Irdina, 13, yang turut parah kini menerima rawatan di Hospital Dungun. 

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Subaru yang dipandu Mohd. Zuki dari arah Paka tiba-tiba hilang kawalan ketika di selekoh hingga menyebabkan kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah bas dari arah bertentangan. 

Akibat pelanggaran itu, kenderaan empat beranak berkenaan remuk dengan mangsa tersepit dan terpaksa dikeluarkan pihak bomba. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar AMBS, Zul Husni Abdul Rahman berkata, enam anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.14 petang. 

“Bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang sudah meninggal dunia yang tersepit di tempat duduk hadapan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.