1,000 nasi bungkus percuma, ringankan beban mereka terkesan PKP - Utusan Malaysia

1,000 nasi bungkus percuma, ringankan beban mereka terkesan PKP

PENERIMA menunjukkan bungkusan nasi yang diterima di depan Restoran Jukee Ayam Bakar di Tambatan Di Raja, Kota Bharu. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Restoran Jukee Ayam Bakar di sini mengagihkan 1,000 nasi bungkus percuma kepada orang ramai bagi meringankan beban masyarakat yang terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Wakil restoran, Mohd. Rozi Abdul Rahim berkata, agihan nasi itu dibahagikan kepada 500 bungkus nasi lemak dan 500 bungkus nasi kukus.

“Pemberian nasi percuma ini adalah bagi meneruskan bantuan kepada mereka yang terkesan dan diharapkan sekurang-kurangnya membantu meringankan beban orang ramai.

“Setiap penerima akan menerima empat bungkus nasi yang boleh dibawa pulang kepada ahli keluarga mereka di rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Restoran Jukee Ayam Bakar di Tambatan Diraja di sini semalam.

Tambah Mohd. Rozi, program itu merupakan kesinambungan daripada pengagihan sebanyak 5,000 ekor ayam mentah kepada warga Kelantan yang dijalankan sebelum ini.

Sementara itu, seorang penerima bantuan, Hasnah Bakar, 63, berkata, dia mengetahui mengenai pemberian nasi percuma itu melalui Facebook anaknya.

“Peluang ini saya ambil memandangkan saya juga antara pelanggan tetap restoran ini. Saya bersyukur dapat menerima bungkusan nasi ini dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pihak penyumbang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN