Tujuh hospital swasta jadi PPV di Johor mulai 1 Jun

Tujuh hospital swasta jadi PPV di Johor

R. VIDYANANTHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelaksanaan Pusat Pemberian Vaksin Hospital Swasta (PPVHS) akan bermula di negeri ini pada 1 Jun ini dengan penglibatan tujuh buah hospital swasta yang telah dikenal pasti.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, ia melibatkan empat hospital swasta di Johor Bahru dan masing-masing sebuah hospital di Kluang, Batu Pahat dan Muar. 

Beliau berkata, hospital swasta tersebut mampu memberikan suntikan vaksin antara 250 hingga 1,000 dos vaksin Covid-19 dalam seminggu. 

“Sementara itu, penglibatan klinik swasta yang terlibat dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) negeri Johor juga akan meningkat kepada 43 buah menjelang 1 Jun ini.

“Pusat Pemberian Vaksin General Practitioner (PPVGP) yang diperkenalkan sejak 5 Mei lalu itu bermula dengan enam buah klinik swasta sahaja di Johor Bahru dan Batu Pahat sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Vidyananthan berkata, PPVGP ini pula mampu memberikan antara 36 hingga 90 dos vaksin Covid-19 seminggu dan jumlah dos itu bergantung kepada pilihan kapasiti klinik masing-masing.

“Namun, Pengamal Perubatan Swasta ini dilarang untuk mendapatkan senarai nama penerima vaksin dengan mengiklankan di media sosial mahupun aplikasi WhatsApp kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Tambah beliau, program pemberian vaksin Covid-19 Fasa 1 di negeri ini bermula 1 Mac lalu menyaksikan seramai 71,623 petugas barisan hadapan telah diberi vaksin dos pertama.

“Sehingga semalam, seramai 66,917 orang telah terima lengkap dos kedua vaksin Covid-19 di negeri ini,” ujarnya. 

Katanya, bagi Fasa 2 yang bermula pada 29 April lalu melibatkan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan yang berpenyakit pula, seramai 74,907 orang telah menerima dos pertama sehingga semalam. 

“Daripada jumlah itu, seramai 12,845 orang telah melengkapkan penerimaan dos kedua vaksin wabak berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya