Tiga buah surau langgar SOP diarah tutup sementara

Tiga buah surau langgar SOP diarah tutup sementara

ANGGOTA polis dan anggota penguat kuasa pejabat agama Islam daerah menutup sebuah surau di Jempol selepas dikesan melanggar SOP PKP 3.0 yang ditetapkan. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Tiga buah surau di daerah ini diarahkan tutup bermula semalam sehingga 2 Jun ini selepas dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam pemeriksaan yang dilakukan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, tiga surau yang diarahkan tutup oleh pejabat agama Islam daerah  itu ialah Surau Felda Raja Alias 1, Surau Felda Raja Alias 4 dan Surau Al-Irsyad, Rumah Rakyat Ayer Hitam.

Menurutnya, pemeriksaan dan tinjauan telah dilaksanakan secara bersama dengan pejabat agama Islam daerah itu mendapati ketiga-tiganya dikesan melakukan kesalahan jemaah melebihi kuota yang ditetapkan.

“Di Surau Felda Raja Alias 1, hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat aktiviti lain yang dilaksanakan di surau selain aktiviti solat. Di Surau Felda Raja Alias 4, terdapat jemaah yang gagal memakai pelitup muka dan juga membawa sejadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini hanya membenarkan seramai 12 orang jemaah membabitkan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid dan tiga orang jemaah bagi surau untuk menunaikan solat fardu lima waktu dan Jumaat di semua masjid dan surau sepanjang PKP 3.0.

Bagi jemaah surau yang dibenarkan seramai tiga orang berkenaan hanyalah melibatkan imam, bilal dan siak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN