Tabung Haji Travel & Services sumbang 10 komputer riba - Utusan Malaysia

Tabung Haji Travel & Services sumbang 10 komputer riba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) menyumbangkan sebanyak 10 unit komputer riba dengan nilai RM 20,000 kepada kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu 2.0 (MAEPS), hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata, sumbangan berkenaan adalah manifestasi pihaknya dalam membantu agensi kerajaan dan petugas barisan hadapan dalam menangani penularan pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara.

“Kami berharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu barisan hadapan kita menangani pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumbangan komputer riba itu adalah sebahagian dari Program Jelajah Tanggungjawab Korporat THTS yang diserikan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri, secara dalam talian.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 Bersepadu 2.0 (MAEPS), Dr. Shahabuddin Ibrahim sebagai wakil penerima sumbangan berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan penglibatan pihak swasta dan korporat untuk sama-sama menyekat penularan wabak.

“Sebagai petugas barisan hadapan dalam menangani penularan pandemik Covid1-9, Kami sentiasa mengalu-alukan penglibatan pihak swasta dan korporat untuk sama-sama berganding bahu dalam merealisasikan misi negara untuk menyekat penularan pandemik Covid-19. Justeru, sumbangan ini sangat bertepatan membantu kami dalam usaha memerangi wabak pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Tambah kenyataan itu, THTS sentiasa komited dan beriltizam untuk memainkan peranan yang aktif dalam menyumbang dan menggalas tanggungjawabnya sebagai syarikat korporat yang prihatin dan bertanggungjawab ke atas pembangunan khususnya kemaslahatan masyarakat Islam.

“Majlis penyerahan disempurnakan oleh Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali dan Dr. Shahbuddin Ibrahim dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN