Silvester maut dibelasah rakan kerana parkir motosikal sembarangan -

Silvester maut dibelasah rakan kerana parkir motosikal sembarangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUSA TENGGARA: Gara-gara meletakkan motosikal sesuka hati, seorang pemuda di Kabupaten Sikka, Nusa Tenggara Timut maut dibelasan oleh rakannya sendiri.

Silvester Aidopang, 21, di Desa Nebe, Kecamatan Talibura, Kabupaten Sikka bertarung nyawa dan akhirnya meninggal dunia setelah dipukul oleh rakan-rakannya sendiri selepas satu majlis keramaian pada Ahad.

Ekoran kejadian itu, polis menahan tiga suspek dikenali sebagai Des, Charles dan Verbec.

Ketiganya merupakan warga Desa Nebe.

Kejadian itu bermula apabila Silvester bersama para suspek duduk sambil minum arak pada malam minggu lalu.

Dalam keadaan mabuk Silvester telah meletakkan motosikalnya hingga menghalang kenderaan lain.

Walaupun ditegur oleh rakan-rakan tetapi Silvester tidak mengendahkannya.

Rakan-rakan yang berang dengan sikapnya itu telah membelasah mangsa di jalan raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya