Sedut, mop dengan vakum tanpa wayar Philips - Utusan Malaysia

Sedut, mop dengan vakum tanpa wayar Philips

Philips Cordless Vaccuum 8000 Series Aqua mampu menyedut habuk dan mengemop lantai untuk kebersihan maksimum. - FOTO Philips
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMUA orang mahu melakukan kerja rumah dengan cekap dan pantas, lebih-lebih lagi ramai daripada kita banyak menghabiskan masa di rumah ketika situasi pandemik.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, haiwan peliharaan dan pesakit alergi, memastikan rumah sentiasa bersih daripada habuk dan kotoran menjadi satu kemestian.

Dengan bantuan peralatan yang menjimatkan masa, anda boleh menyelesaikan pelbagai tugas sebelum atau selepas pulang dari kerja dan memberi lebih fokus kepada keluarga.

Meningkatkan kehidupan melalui inovasi hebat sejak tahun 1891, Philips sekali lagi tampil dengan produk bersesuaian dengan bulan Ramadan dan Syawal iaitu Philips Cordless Vaccuum 8000 Series Aqua.

Philips Cordless Vaccuum 8000 Series Aqua adalah gajet kompak yang mampu menghilangkan habuk dan membersihkan lantai dengan cara paling berkesan iaitu menyedut dan mengemop.

Justeru, membersihkan lantai dengan cara mengemop kini bukanlah satu tugas yang sukar, malah memudahkan anda membersihkan lantai selepas menyediakan juadah ketika bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri.

Dilengkapi dengan muncung aqua unik, ia tidak hanya menyekat habuk dan kotoran, malah membersihkan permukaan lantai pada masa yang sama.

Kebersihan maksimum

Muncung aqua unik Philips Cordless Vaccuum 8000 Series Aqua mampu menyedut sehingga 360 darjah dan mengumpulkan sehingga 99.7 peratus habuk dan kotoran.

Kain di bahagian bawah muncung mempunyai lapisan teknologi Always Clean yang membantu mencegah pertumbuhan bakteria, sekaligus memudahkan penjagaannya.

Anda juga boleh menambah cecair pencuci lantai ke dalam tangki air untuk kebersihan maksimum daripada bakteria sehingga 99 peratus.

Philips Cordless Vaccuum 8000 Series Aqua juga dilengkapi lampu LED yang membolehkan pengguna melihat habuk, bulu, rambut atau serpihan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Aksesori tambahan

Gajet ini juga dilengkapi pelbagai aksesori tambahan seperti berus untuk kegunaan permukaan tertentu, membolehkan pengguna menyedut habuk di setiap sudut rumah.

Misalnya, berus turbo mini yang disertakan dalam kotak memudahkan kerja-kerja pembersihan sudut rumah yang sukar dijangkau.

Philips Cordless Vaccuum 8000 Series Aqua juga boleh meluncur sepenuhnya sehingga memasuki kawasan bersudut rendah, justeru membersihkan habuk di bawah perabot bukanlah tugas yang sukar.

Vakum ini juga disertakan celah kecil pada pemegang tangan yang menawarkan pemegang ergonomik untuk pengguna.

Prestasi lebih lama

Philips Cordless Vaccuum 8000 Series Aqua dihasilkan dengan Philips PowerCyclone 10 iaitu teknologi tanpa beg terbaru yang membantu mengekalkan penyedutan lebih kuat dalam jangka masa yang lebih lama.

Ia dilengkapi bateri lithium-ion generasi 25.2V terbaru, membolehkan pengguna menikmati penggunaan mod TURBO lebih lama supaya pembersihan lebih dari 125m² boleh dilakukan dengan hanya sekali cas.

Untuk mengetahui lebih banyak promosi yang ditawarkan Philips sempena Ramadan dan Raya, layari kedai rasmi Philips di Lazada dan Shopee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya