Portal TV salah lapor PKRC jadi lokasi kegiatan tidak bermoral

Portal TV salah lapor PKRC jadi lokasi kegiatan tidak bermoral

DR. MOHD AZMAN YACOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Kelantan, Dr. Mohd. Azman Yacob menafikan laporan stesen televisyen menerusi portalnya yang mendakwa pasangan pesakit berzina, selain terdapat kegiatan vandalisme di PKRC di negeri ini.

Tegas Dr. Mohd. Azman, perbuatan tidak bermoral dan vandalisme seumpama itu tidak pernah dikesan berlaku di mana-mana PKRC yang dibuka di seluruh Kelantan setakat ini.

“Oleh sebab itu, saya ingin menafikan perkara didakwa itu berlaku di mana-mana PKRC yang dibuka di Kelantan setakat ini. Lagipun setiap PKRC yang kita buka hanya menempatkan satu jantina sahaja.

“PKRC Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian misalnya, hanya menempatkan pesakit lelaki manakala PKRC Putik di Pengkalan Chepa untuk pesakit wanita, ” katanya kepada pemberita ketika tinjauan di PKRC Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Sebuah portal berita milik stesen televisyen sebelum ini dikatakan menyiarkan laporan mendakwa persetubuhan luar nikah dan vandalisme menjadi antara kegiatan dikesan dilakukan pesakit yang ditempatkan di PKRC di Kelantan.

Bagaimanapun, portal tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada PKRC Kelantan hari ini berhubung laporan berita itu dan mengakui terdapat kesilapan lokasi dalam laporan disiarkan pihaknya.

Mengulas lanjut, Mohd. Azman berkata, laporan portal tersebut mungkin merujuk kepada kegiatan tidak bermoral yang pernah dikesan berlaku di sebuah stesen kuarantin khusus untuk individu bukan pesakit Covid-19.

“Apa-apa pun bagi saya, portal televisyen berkenaan dilihat tidak sensitif apabila membuat laporan yang boleh menimbulkan persepsi negatif, malah pesakit mungkin akan menolak dirawat di PKRC selepas ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya