PKPD: Polis Perak tambah SJR, pasukan pemantau SOP - Utusan Malaysia

PKPD: Polis Perak tambah SJR, pasukan pemantau SOP

MIOR FARIDALATHRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis Perak akan menambah sekatan jalan raya (SJR) dan pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di empat mukim di negeri ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tindakan itu bagi memastikan tiada pergerakan keluar dan masuk orang awam ke empat mukim berkenaan tanpa kebenaran.

“Elemen rondaan juga digerakkan secara berterusan terutama selepas pukul 10 malam.

“Op Payung didirikan di kawasan strategik yang menjadi tumpuan ramai di mana operasi turut dibantu agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), anggota Rela dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Mior Farid menasihatkan orang ramai supaya bersabar dan memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan sepanjang pelaksanaan PKPD.

Katanya, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas individu yang melanggar undang-undang dan SOP ditetapkan.

“Orang ramai perlu sedar kadar jangkitan Covid-19 semakin tinggi, oleh itu mereka diminta mematuhi SOP dalam usaha memutuskan rangkaian wabak tersebut di mukim terlibat,” katanya.

Empat mukim di negeri ini terlibat PKPD bermula esok iaitu Mukim Pengkalan Hulu, Mukim Taiping, Mukim Hulu Kinta dan Mukim Hulu Bernam Timur susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN