Petronas meterai perjanjian LNG berindeks AECO pertama - Utusan Malaysia

Petronas meterai perjanjian LNG berindeks AECO pertama

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas LNG Ltd. (PLL) memperkenalkan indeks Canada Alberta Energy Company (AECO) sebagai pengindeksan harga gas asli cecair (LNG) yang baharu kepada pelanggannya.

Ia berikutan penjualan kargo LNG semertanya dari Bintulu kepada pembeli di Timur Jauh untuk penghantaran Ogos 2021.

Menurut syarikat petroleum nasional itu, AECO merupakan penanda aras harga peneraju untuk gas asli di Kanada, setaraf dengan Henry Hub di Amerika Syarikat (AS) yang merupakan penanda aras harga gas asli yang digunakan sebagai pengindeksan untuk harga LNG.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, AECO adalah telus memandangkan indeks tersebut didagangkan dalam masa nyata, dengan kecairan yang tinggi disokong oleh rizab gas yang besar.

“Pengenalan AECO adalah sebahagian daripada pelan Petronas untuk memasukkan pilihan penentuan harga tambahan untuk pelanggannya, membolehkan mereka menikmati faedah berkaitan.

“Dengan AECO, pembeli LNG mempunyai fleksibiliti untuk mempelbagaikan lagi pendedahan harganya daripada indeks-indeks harga utama yang diiktiraf seperti Japanese Crude Cocktail (JCC), Brent, Japan Korea Marker (JKM), US Henry Hub dan dan UK Nasional Balancing Point (NBP),” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PLL, Ezran Mahadzir, sebagai penyedia penyelesaian LNG berpusatkan pelanggan, syarikatnya akan terus mencari cara untuk menyediakan penyelesaian yang tersuai kepada pelanggan.

“(Ini) demi memenuhi permintaan tenaga pelanggan dan dalam masa yang sama menawarkan struktur penentuan harga yang kompetitif kepada mereka,” katanya.

Menurut Petronas, penjualan kargo semerta pada harga berkaitan AECO adalah langkah signifikan ke arah mewujudkan indeks penentuan harga yang telus dalam pasaran LNG.

Katanya, ia bukan semata-mata untuk melengkapkan pempelbagaian penentuan harga Petronas untuk kargo tetapi juga untuk pembekalan LNG dari Kanada apabila ia memulakan penghantaran komersialnya dijangka pada 2024.

“Petronas menyumberkan kargo-kargo LNG dari portfolio globalnya dari Malaysia, Mesir, Australia dan akan datang, Kanada.

“Kami tidak asing dalam menawarkan pelbagai indeks penentuan harga LNG untuk memenuhi keperluan dan kemahuan rakan kongsi,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini