Lelaki cabul kanak-kanak perempuan ketika ibu sedang solat -

Lelaki cabul kanak-kanak perempuan ketika ibu sedang solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKA: Seorang lelaki telah mencabul kanak-kanak perempuan yang mengikuti ibunya bersembahyang di masjid.

Peristiwa itu terjadi di Masjid Baitul Makmur, Pangkalpinang, Bangka Belitung, Indonesia.

Menyedari perbuatannya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) lelaki itu sempat menunjukkan jari tengah ke arah kamera.

Rakaman CCTV aksi lelaki tersebut viral. Dalam video berdurasi 03.24 minit itu, kelihatan seorang lelaki berbaju putih dan berseluar hitam mendekati seorang anak perempuan yang sedang mengikuti ibunya sembahyang.

Lelaki tersebut kelihatan membuka zip seluarnya dan melakukan aksi pencabulan terhadap kanak-kanak perempuan itu.

Pengurus masjid, Saipul Anwar berkata, kejadian itu berlaku pada 16 Mei lalu.

“Iya betul memang di sini. Kejadian sudah tiga hari yang lalu, Minggu malam Isnin, ketika solat Isya,” kata Saipul kepada detik.com.

Saipul berkata, pihaknya mengetahui peristiwa itu setelah mendapat laporan dari ibu mangsa.

Selepas itu katanya dia memeriksa CCTV.

“Setelah kita periksa CCTV ternyata yang ganggu anaknya bukan jemaah atau anak-anak yang solat malam itu, tetapi orang dari luar,” ujarnya.

Pengurus masjid kemudian membuat laporan kepada pihak polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya