Kereta Neelofa parkir dalam kompleks mahkamah: Peguam kemuka aduan - Utusan Malaysia

Kereta Neelofa parkir dalam kompleks mahkamah: Peguam kemuka aduan

KERETA dinaiki Noor Neelofa dan Muhammad Haris memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban di Seremban 2, Seremban pada Khamis lalu ketika pasangan suami isteri itu didakwa di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan melanggar SOP PKPB. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Aduan berhubung keistimewaan yang diberikan kepada selebriti, Noor Neelofa Mohd. Nor ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, kelmarin telah dipanjangkan kepada Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

Ia susulan aduan daripada pihak peguam yang mempersoal keistimewaan diberikan kepada Noor Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris Mohd. Ismail selepas kenderaan mereka dibenarkan parkir di premis Kompleks Mahkamah Seremban ketika didakwa, Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan, Azmi Abdoll Aziz berkata, aduan tersebut dibuat oleh salah seorang peguam pada petang Khamis lalu iaitu pada hari yang sama pasangan selebriti itu didakwa atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Peguam-peguam di Negeri Sembilan ada membuat aduan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan tentang hal ini dan kami menerima satu surat bertulis daripada seorang peguam pada 20 Mei lalu (Khamis).

“Perkara ini (aduan) dipanjangkan kepada Pengarah Mahkamah Negeri Sembilan pada pukul 3 petang semalam (Jumaat) dan kami masih menunggu maklum balas berhubung isu tersebut serta pihak mahkamah akan jawab sewajarnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, tular aduan peguam yang memaklumkan selebriti itu dibenarkan parkir dalam mahkamah manakala individu lain perlu meletakkan kenderaan di kawasan seberang jalan di mana perkara itu boleh boleh menimbulkan persepsi dan menjejaskan integriti mahkamah.

Sebaliknya, pengadu memberitahu hanya kenderaan milik kakitangan, peguam, polis, pendakwa raya dan pengecualian kepada orang awam (jika kurang upaya) dibenarkan parkir dalam premis mahkamah.

Malah, pengadu turut mendakwa bahawa ada sesetengah peguam yang dimarahi oleh pegawai keselamatan apabila mereka meminta untuk memasuki pekarangan mahkamah, namun mereka patuh kepada arahan bagi menghormati integriti institusi tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya