Kami letih dengan sikap Neelofa, antara alasan petisyen minta dipenjarakan

Kami letih dengan sikap Neelofa, antara alasan petisyen minta dipenjarakan

NOOR Neelofa Mohd. Noor dan Muhammad Haris berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Seremban di Seremban 2, Seremban hari ini selepas mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan gagal mematuhi prosedur SOP PKPB yang dikenakan terhadap mereka.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kami letih Neelofa,” itu antara alasan yang diberikan oleh penandatangan petisyen supaya pengacara popular, Neelofa dan suaminya Muhammad Haris dipenjarakan.

Petisyen yang dilancarkan di change.org dua hari lalu itu bertajuk ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera’ setakat telah ditandatangi hampir 60,000 orang.

Ia berikut kesalahan-kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) SOP oleh beliau dan keluarganya.

Pelanggaran SOP tersebut ialah pada majlis perkahwinannya di Hotel Grand Hyatt pada Mac 2021, berbulan madu di Langkawi, rentas negeri ke Nilai untuk beli permaidani dan seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah ketika hari raya Aidilfitri baru-baru ini.

Berdasarkan kesalahan-kesalahan berulang itu, mereka mendesak kerajaan dan  Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya bertindak tegas terhadap pasangan itu itu sebagai isyarat jelas bahawa kerajaan melaksanakan undang-undang tanpa pilih kasih antara rakyat biasa dan orang kenamaan.

“Kami letih neelofa,” itu luahan salah seorang penandatangan yang bernama Ahmad Aliff

“Sekali boleh dikatakan silap. Tapi bila berkali-kali mereka tidak menghormati undang-undang. Mana perginya kedaulatan undang-undang kalau orang kaya buat salah penguat kuasa pejam mata?

“Rakyat marhain terus kena kompaun serta merta tanpa budi bicara. Orang kaya? Semua pejam Mata,” demikian pula catatan Siti Norbaizura Abd Rahman

Nurain Amalina pula berkata dia menandatangan petisyen itu supaya akan dijadikan pengajaran keras kepada Neelofa agar serik untuk ulang perkara yang sama.

“Jika dulu dia boleh nasihatkan orang ramai supaya duduk rumah kenapa sekarang dia sendiri yang nak langgar SOP yang telah ditetapkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN