GAZA CITY: Serangan udara Israel yang bertalu-talu di Semenanjung Gaza hingga sebelum subuh hari ini (17 Mei), merupakan yang paling dahsyat.
Serangan itu menyebabkan lebih dari 200 orang maut dalam tempoh seminggu ini.
Semalaman dari hari Ahad hingga Isnin, Israel melancarkan puluhan serangan dalam jarak beberapa minit di wilayah Palestin itu yang dikawal oleh kumpulan Islam Hamas.
Menurut wartawan AFP yang berada di tempat kejadian, serangan itu menyebabkan bekalan elektrik terputus dan ratusan bangunan bangunan rosak.
Penduduk Barat Gaza, Mad Abed Rabbo, 39, berkata, mereka ketakutan ekoran serangan berterusan itu.
“Tidak pernah ada serangan sebesar ini,” katanya.
Dalam satu kenyataan sebelum pukul 2 pagi ini, tentera Israel mengatakan jet pejuangnya “menyerang sasaran keganasan di Semenanjung Gaza”.
Seorang penduduk Gaza, Gazan Mani Qazaat berkata, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu “harus menyedari mereka orang awam, bukan pejuang.
“Saya merasa seperti saya mati,” katanya. – AFP










