PPIM cadang Jawatankuasa Khas status tanah Datuk Keramat

PPIM cadang Jawatankuasa Khas status tanah Datuk Keramat

china
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji, merancang dan menggerakkan usaha penukaran status tanah pajakan (leasehold) kepada pegangan kekal (freehold) di kawasan Datuk Keramat secara menyeluruh.

PPIM berkata, penubuhan jawatankuasa itu penting bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan secara tersusun dengan penglibatan pihak berkaitan, khususnya wakil rakyat kawasan terbabit.

“PPIM mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji, merancang dan menggerakkan usaha penukaran status tanah secara menyeluruh, khususnya melibatkan wakil rakyat kawasan terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, pendekatan bersepadu itu perlu dilaksanakan segera bagi menjaga kepentingan jangka panjang penduduk yang telah lama menetap di kawasan berkenaan.

Katanya, Datuk Keramat merupakan antara penempatan tradisi masyarakat Melayu di ibu negara yang mempunyai nilai sejarah, warisan dan identiti tersendiri, selain kawasan seperti Kampung Baru dan Kampung Pandan.

PPIM berkata, sekiranya terdapat kawasan lain yang telah menikmati status pegangan kekal, maka pertimbangan sama wajar diberikan kepada pemilik tanah di kawasan tradisi Melayu itu.

“Cadangan penubuhan jawatankuasa khas itu diyakini mampu membuka ruang penyelesaian yang lebih tersusun, telus dan mampan dalam memelihara warisan serta hak penduduk setempat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN