Hari Keputeraan Agong ditangguh - Utusan Malaysia

Hari Keputeraan Agong ditangguh

agong
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH puji pelan jaga kesihatan mental rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 7 Jun ini ditangguhkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, penangguhan itu setelah mempertimbang peningkatan ketara kes jangkitan Covid-19, kematian baharu akibat wabak dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara sejak 12 Mei sehingga 7 Jun ini.

Pun begitu, kata Ahmad Fadil, tarikh 7 Jun 2021 telah ditetap dan diisytiharkan sebagai hari kelepasan amak atau umum sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda.

“Kesemua acara ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Penangguhan ini adalah atas titah perkenan Seri Paduka Baginda setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan umum serta untuk melindungi nyawa rakyat demi mengelakkan krisis kesihatan lebih buruk.

“Perkenan ini juga sebagai langkah perlindungan kerana negara masih lagi menghadapi dan memerangi penularan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, setakat hari ini, kes jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara mencatatkan 8,290.

Selangor merekodkan kes jangkitan paling tinggi sebanyak 2,052 kes, diikuti Kelantan (851); Kuala Lumpur (830); Johor (762); Sarawak (698); Kedah (544); Negeri Sembilan (520); Pulau Pinang (421) dan Perak (405).

Manakala Melaka sebanyak 380; Sabah (308); Pahang (254); Terengganu (207); Putrajaya (44); Perlis (8) dan Labuan (6).

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini sebanyak 549,514. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.