Tajuddin ditahan SPRM untuk siasatan, dipercayai berkaitan kes salah guna kuasa - Utusan Malaysia

Tajuddin ditahan SPRM untuk siasatan, dipercayai berkaitan kes salah guna kuasa

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Salak itu ditahan semalam di Ibu Pejabat SPRM selepas beliau dipanggil memberi keterangan.

Kata beliau, Tajuddin bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas itu.

“Siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia sedang mendapatkan pengesahan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berhubung perkara berkenaan.

Pada 26 Mei lalu, Kementerian Kewangan Diperbadankan bersetuju menamatkan perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana berkuat kuasa serta-merta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya