CEO Etika terima anugerah Pemimpin Luar Biasa - Utusan Malaysia

CEO Etika terima anugerah Pemimpin Luar Biasa

Khalid Alvi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Etika Malaysia dan Singapura, Khalid Alvi telah disenaraikan sebagai 10 penerima anugerah Pemimpin Luar Biasa di Asia oleh Asia Corporate Excellence Sustainability Awards (ACES) 2020.

Anugerah yang dianjurkan oleh Kumpulan MORS itu bertujuan untuk mengiktiraf pemimpin yang telah menunjukkan kepimpinan yang baik dalam meningkatkan kemajuan dan keunggulan organisasi masing-masing.

Khalid dalam satu kenyataan berkata, kemenangannya itu diharap dapat menambah keyakinan pekerja dan pemegang taruhnya.
“Saya anggap ini sebagai salah satu kejayaan saya dan kejayaan selalunya lebih manis jika dikongsi bersama.

“Di tempat kerja yang sedang berkembang pesat, kemungkinan besar seorang pemimpin akan bertemu seseorang yang lebih berkemampuan dalam bidangnya yang bekerja di bawahnya,” katanya.

Justeru, tambahnya, sekiranya gaya pengurusan berpernyataan tidak dioptimumkan, kemungkinan besar pemimpin boleh terlepas pandang kecerdasan dan kebijaksanaan yang ada dalam organisasi.

Etika Holdings adalah salah satu pengeluar dan pengedar minuman terkemuka di Malaysia yang bersaing rapat dengan pemain antarabangsa serantau untuk segmen sedia diminum (RTD) dan tidak sedia diminum (NRTD).

Dengan kepakaran dan bimbingan Khalid, Etika berjaya menjadi satu-satunya syarikat minuman halal yang menawarkan semua kategori minuman ke pasaran Malaysia dengan 18 jenama.

Di bawah kepimpinan beliau juga, Etika telah memenangi Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia dari 2018-2020, Anugerah Majikan Cemerlang, Kecemerlangan Pembelajaran dan Pembangunan, serta Kecemerlangan Pengurusan Sumber Manusia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya