6,320 kes positif; 4,694 kes sembuh; 50 kematian - Utusan Malaysia

6,320 kes positif; 4,694 kes sembuh; 50 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia masih mengekalkan kes positif Covid-19 melebihi 6,000 iaitu 6,320 kes dan 4,694 kes sembuh.

Sebanyak 50 kematian dan 17 kluster manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 53,682 kes berbanding semalam, 52,106 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 652 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 370 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus merekodkan kes positif tertinggi biarpun tidak mencecah 2,000 kes iaitu 1,647 kes diikuti Sarawak, 749 kes; Kuala Lumpur, 654 kes; Kelantan, 613 kes; Johor, 477 kes; Negeri Sembilan, 396 kes; Pulau Pinang, 359 kes; Kedah, 301 kes; Perak, 276 kes; Pahang, 227 kes; Sabah, 189 kes; Terengganu, 185 kes dan Melaka, 175 kes.

“Hanya dua wilayah dan satu negeri merekodkan kes dua angka iaitu Labuan, 36 kes manakala Putrajaya dan Perlis, masing-masing 18 kes,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya