Minat terhadap sukan lasak dan kecantikan lahirkan QBis by Anne Annoer - Utusan Malaysia

Minat terhadap sukan lasak dan kecantikan lahirkan QBis by Anne Annoer

QBis by Anne Annoer hadir dalam kotak eksklusif yang khusus untuk memastikan wajah sentiasa cantik walaupun ketika menjalankan aktiviti lasak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Apabila bercerita tentang kecantikan dan memori istimewa, golongan hawa begitu sinonim dengan swafoto bersama telefon pintar walau di mana sahaja mereka berada.

Ada yang mahu kelihatan cantik berseri ketika berada di puncak gunung mahupun ketika sedang berhenti rehat semasa aktiviti berbasikal.

Sehubungan itu, jenama kosmetik QBis by Anne Annoer (QBis) tampil dengan penyelesaian terhadap masalah ketidakyakinan wanita merakamkan gambar kenangan ketika menjalani aktiviti fizikal kerana bimbang wajah kelihatan kusam ketika berpeluh.

Pengasas jenama tersebut, Noor Ain Mohd. Annoer berkata, pihaknya menghasilkan set produk dalam kotak eksklusif yang khusus untuk memastikan wajah sentiasa cantik walaupun ketika menjalankan aktiviti lasak.

“Kesemua produk kecantikan di dalam kotak eksklusif QBis terdiri daripada produk tempatan mengandungi pembersih yang berbentuk kepingan kecil, pelindung matahari, krim muka dan balsem bibir.

“Kotak eksklusif tersebut juga mampu memuatkan barang mekap yang lain,”katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Noor Ain berkata, cetusan idea untuk menghasilkan produk tersebut datang daripada beliau dan lima rakannya yang sering menjalankan aktiviti lasak bersama-sama.

Lima sahabat yang bertanggungjawab mencetuskan idea tersebut ialah Azura Ismail, Zakuan Hasan, Wan Noor Fadhlina Wan Razali, Nur-Elliena Adnan dan Mohd. Ehsan Selamat.

Jelasnya, produk yang dilancarkan pada 29 Januari lalu itu merupakan set pelindung muka dan asas mekap kepada wanita yang mementingkan rupa waras tanpa mengira tempat dan masa.

“Lelaki maskulin iuga boleh menggunakan produk ini jika ada yang berminat. Zaman ini kecantikan dan keterampilan tidak mengenal jantina,”katanya.

Mengulas mengenai pemasaran, pihaknya menjalankan bisnes tersebut secara dalam talian seratus peratus.

Katanya lagi, di dalam era digital hari ini pemasaran secara maya semakin popular dan kosnya rendah.

“Kami juga membuka peluang kepada orang ramai khususnya suri rumah yang ingin menjana pendapatan bersama kami untuk berniaga secara dropship atau menjadi ejen,” katanya.

Ketika ditanya tentang sambutan produk yang dipasarkan, Noor Ain menganggap ia amat menggalakkan.

“Ramai memberikan respon yang positif kerana produk tersebut mudah untuk digunakan serta ringan untuk dibawa kemana-mana. Wajah tampak berseri apabila mula menggunakannya,” katanya.

Noor Ain yang aktif dalam aktiviti lasak berkata, pihaknya bukan sahaja memasarkan set pelindung wajah semata-mata malahan pihak syarikat bakal menghasilkan produk baharu iaitu pewangi untuk lelaki dan perempuan.

“Jika hasil jualan menggalakkan pihak syarikat akan melakukan kerja amal untuk membantu golongan memerlukan dari masa ke semasa,”katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN