Johor cadang baik taraf Jeti Terminal Feri Antarabangsa Kukup

Johor cadang baik taraf Jeti Terminal Feri Antarabangsa Kukup

HASNI Mohammad (dua dari kanan) menyampaikan Keputusan Permohonan Pembayaran Lesen Tol bagi Penternak-Penternak Ikan Sangkar di Kukup, Iskandar Puteri semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk menaik taraf Jeti Terminal Feri Antarabangsa Kukup di Pontian bagi merancakkan ekonomi masyarakat setempat.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, usaha itu bagi menjadikan Kukup sebagai mercu tanda pelancongan, setanding dengan pintu masuk di negeri lain.

Katanya, bagi menjadikan matlamat itu sebagai satu kenyataan, pelbagai pembangunan sedang diteliti termasuklah pembinaan kompleks bebas cukai dan hotel.

“Mungkin kita akan tambah lagi, bukan sekadar kompleks untuk kastam dan imigresen sahaja, sepatutnya ada kemudahan untuk kegunaan yang lain.

“Kalau jeti di sebelah Desaru itu dicadangkan untuk dijadikan zon bebas cukai, kalau di pintu masuk lain ada kemudahan penginapan tiga hingga lima bintang, mengapa tidak di Kukup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaian Keputusan Permohonan Pembayaran Lesen Tol bagi Penternak-Penternak Ikan Sangkar di Kukup, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai. 

Tambah beliau, semua usaha itu akan dilakukan tanpa mengubah tarikan sedia ada di kawasan berkenaan yang terkenal dengan industri penternakan ikan dalam sangkar.

“Kita akan kekalkan aktiviti tradisi seperti penternakan ikan dalam sangkar, oleh sebab itu kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh pajakan (TOL) kerana adanya nilai tarikan pelancong.

“Tarikan sedia ada ini juga memainkan peranan penting dalam menarik kehadiran pengunjung luar untuk menambah ekonomi masyarakat setempat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya