Isu telur: Tiada bakteria Salmonella dikesan - Jabatan Verterinar

Isu telur: Tiada bakteria Salmonella dikesan

PENGGUNA dinasihatkan supaya memastikan telur yang dibeli adalah bersih
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hasil ujian makmal ke atas sampel ladang ayam penelur CES 008 menunjukkan tiada bakteria Salmonella Enteritidis (SE) dikesan.

Jabatan Perkhidmatan Verterinar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ujian itu dibuat susulan isu pengesanan SE pada konsainan telur eksport oleh pihak berkuasa Agensi Makanan Singapura (SFA) baru-baru ini.

“Pihak jabatan telah menjalankan siasatan lanjut ke atas ladang ayam penelur CES 008 kepunyaan syarikat tersebut termasuk mengambil sampel calitan kloaka, najis, telur, makanan dan air minuman daripada ladang ayam penelur tersebut.

“Sampel ke atas ladang CEM 014 juga turut diambil untuk ujian pengesanan SE di Makmal Jabatan Perkhidmatan Verterinar Salak Tinggi,” katanya.

Susulan daripada itu, katanya, pihak jabatan akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak SFA bagi memutuskan perkara tersebut.

Selain itu, jabatan menerusi Program Survelan Penyakit Haiwan Kebangsaan akan mempertingkatkan program pemantauan Salmonella di semua 276 ladang ayam penelur di seluruh negara bagi memastikan bekalan dan keselamatan telur yang dipasarkan.

Katanya, pencemaran SE dilaporkan berlaku hampir di seluruh dunia dan boleh terjadi sama ada di peringkat ladang disebabkan amalan penternakan yang kurang baik daripada aspek biosekuriti dan kebersihan ladang.   

“Pencemaran juga boleh berlaku di sepanjang rantaian pemasaran telur disebabkan pengendalian telur yang kurang bersih.

“Pengguna dinasihatkan supaya memastikan telur yang dibeli adalah bersih, tiada pencemaran najis, disimpan di tempat yang sesuai dan dimasak dengan sempurna sebelum dimakan. SE juga boleh musnah pada suhu melebihi 71 darjah Celsius,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya