Kilang fucuk kotor dikompaun - Utusan Malaysia

Kilang fucuk kotor dikompaun

MOHD. Wazir Khalid menunjukkan fucuk yang dihinggapi lalat di sebuah kilang menghasilkan fucuk di Sungai Bakap, Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Sebanyak empat kilang pembuatan fucuk milik sebuah keluarga di Sungai Bakap dekat sini bukan sahaja kotor dan berbau busuk, malah didapati beroperasi tanpa lesen antara lapan hingga 40 tahun lalu. 

Malah, keempat-empat premis terbabit beroperasi di atas tanah pertanian yang pernah menjadi tempat ternakan babi. 

Selain itu, pekerja kilang itu turut menggunakan kayu untuk menggantung fucuk yang akan dikeringkan tanpa menggunakan sarung tangan. 

Kilang itu diserbu sekumpulan 14 penguat kuasa anggota Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) diketuai Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanannya, Mohd. Wazir Khalid kira-kira pukul 9 pagi hari ini. 

Menurut Mohd. Nazir, pihaknya melakukan risikan sejak tiga minggu lalu dan semakan mendapati, premis berkenaan tiada kelulusan operasi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). 

“Pelbagai kesalahan dikesan kerana kawasan persekitaran amat kotor selain terdapat banyak lalat mati di dalam bekas fucuk yang sedang diproses. 

“Selain itu, lebih lima ekor anjing peliharaan didapati berkeliaran di kawasan pemprosesan sekali gus boleh menyebabkan berlakunya keracunan makanan. 

“Lokasi premis juga adalah bekas tapak kandang babi dan tiada kepastian sama ada pemilik melakukan sanitasi sebelum memulakan perniagaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi itu. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak lima kompaun di bawah Peraturan 32 Akta Makanan 1983 berjumlah RM8,500 telah dikeluarkan kepada pemilik premis berkenaan. 

“Amaran keras turut diberikan kepada pemilik supaya kerja pembersihan dijalankan segera. 

“Kita berharap pihak berwajib akan pantau premis seumpama ini kerana lokasi ini terletak di kawasan kelapa sawit dan ternakan ayam. 

“Memang tidak dijangka ada lokasi pembuatan fucuk di sini dan tidak sepatutnya premis ini wujud sebab di bawah tanah pertanian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya