19 premis di Melaka dikesan naikkan harga gajet - KPDNHEP

19 premis di Melaka dikesan naikkan harga gajet

NORENA JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 19 premis di negeri ini dikesan sengaja menaikkan harga barangan keperluan komputer dan gajet komunikasi susulan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, kesemua premis terlibat bagaimanapun telah diberikan notis untuk mengemukakan dokumen berkaitan harga jualan barangan berkenaan.

Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu berjaya dikesan hasil daripada aduan orang awam dan pemantauan penguat kuasa di tiga daerah.

“Kita berjaya mengesan 15 buah premis di Melaka Tengah, selebihnya di Jasin dan Alor Gajah yang sengaja menaikkan harga peralatan komputer dan komunikasi selepas kerajaan melaksanakan pembelajaran secara PdPR. 

“Kesemua pemilik peniagaan itu telah diminta untuk mengemukakan statistik harga semasa barangan dijual dan harga sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP) bagi membuat perbandingan  peningkatan kadar jualan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021 di Tesco Bandaraya Melaka, di sini hari ini. 

Tambahnya lagi, KPDNHEP negeri juga giat membuat pemantauan penjualan dalam talian bagi mengesan penipuan membabitkan pembelian keperluan pembelajaran itu.

Jelasnya, pemeriksaan berkaitan kenaikan harga komputer dan barangan komunikasi itu dilakukan mengikut Op Catut 8.0 (Kelengkapan Elektronik-Komunikasi).

Dalam perkembangan lain, Norena memberitahu, sepanjang pelaksanaan PKP bermula 13 Januari lalu sehingga semalam, pihaknya telah mengeluarkan tiga kompaun terhadap tiga premis pakaian yang berdegil membuka perniagaan. 

“Kita telah mengeluarkan kompaun mengikut mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dengan kadar denda sebanyak RM1,000,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya