Kerajaan masih tunggu perkenan fatwa vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Kerajaan masih tunggu perkenan fatwa vaksin Covid-19

DR. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tengah) melihat barangan sumbangan pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Misi Bantuan Bencana Banjir di pejabat Yadim, Putrajaya hari ini. Yang hadir sama, Pengerusi Yadim, Nasruddin Hassan (kanan). - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja berhubung penggunaan vaksin Covid-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan Muzakarah sudah ada tetapi apa yang dilakukan adalah mengikut tertib dan berhemah.

Katanya, sebarang keputusan dihantar kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

“Selepas mendapat perkenan dan persetujuan, maka kita (kerajaan) akan menguar-uarkan kerana fatwa bukanlah satu perkara yang perlu disembunyikan.

“Kita hanya mengikut tertib, hasil keputusan Muzakarah sudah dihantar minggu lalu iaitu selepas mesyuarat Muzakarah maka prosesnya perlu dilihat dan apabila sudah diperoleh (perkenan), kita akan bincang untuk kemukakan jawapan,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan bantuan kepada penghantar makanan, pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Zulkifli berkata, kerajaan akan mengeluarkan kenyataan berhubung fatwa vaksin Covid-19 tidak lama lagi selepas mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang sehari sebelum itu.

Ditanya jangkaan keputusan perkenan, Zulkifli berkata, beliau tidak dapat jangkakannya namun akan menunggu.

“Selepas menerimanya, kita akan uar-uarkan,” katanya.

Sementara itu, berhubung bantuan banjir sempena pelancaran bilik gerakan Yadim, Zulkifli berkata, yayasan tersebut diharap membuat permohonan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendapat bantuan tambahan sebanyak RM500,000 bagi membantu mangsa dan asnaf yang terbabit dalam banjir itu.

“Selain itu, Yadim perlu berkerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang arif dengan perkara berkaitan banjir bagi memastikan perancangan dalam menyampaikan bantuan berjalan lancar dan menyeluruh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya