Umrah: Kerajaan akan berbincang dengan Arab Saudi - Utusan Malaysia

Umrah: Kerajaan akan berbincang dengan Arab Saudi

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan perlu berbincang lebih teliti dengan kerajaan Arab Saudi berhubung kebenaran menunaikan ibadah umrah selepas tujuh bulan ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) tentang prosedur operasi standard (SOP) juga perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya rakyat negara ini dibenarkan menunaikan ibadat umrah.

“Sebarang ketetapan mengenai kebenaran menunaikan ibadah itu perlu dibincangkan dengan teliti dengan kerajaan Arab Saudi terlebih dahulu.

“Sebab kita tidak mahu berlaku kluster umrah sebagainya jadi kita akan bekerjasama erat bersama MKN dan KKKM serta pihak yang berkenaan sebelum membuat keputusan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penipuan Umrah kepada Agensi Pengelola Umrah di Kompleks Islam Putrajaya sini hari ini.

Media antarabangsa semalam melaporkan mengenai Arab Saudi akan membenarkan pelaksanaan ibadah umrah sepanjang tahun secara berperingkat mulai 4 Oktober depan.

Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, untuk peringkat pertama, seramai 6,000 rakyat dan penduduk Arab Saudi dibenarkan menunaikan umrah setiap hari mulai 4 Oktober.

Bagi pengunjung dari luar negara pula, kebenaran tersebut bermula 1 November apabila bilangan individu yang dibenarkan menunaikan umrah dinaikkan kepada 20,000 sehari.

Dalam ucapannya sebelum itu, Zulkifli berkata, kerajaan mengiktiraf peranan dan sumbangan agensi pengelola umrah kerana melalui tadbir urus yang cemerlang menyumbang kepada nama baik Malaysia yang seringkali disebut-sebut dan dicontohi di peringkat global. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya