Malaysia sekadar raih tiga gangsa

Malaysia sekadar raih tiga gangsa

AKSI trio Kata wanita Malaysia berjaya meraih pingat gangsa di Kejohanan Karate Asia Ke-19 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sasaran satu pingat emas gagal dicapai sebaliknya skuad karate negara sekadar meraih tiga gangsa menamatkan saingan pada hari terakhir Kejohanan Karate Asia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, semalam.

Trio berpasukan Kata wanita menceriakan kem negara apabila menyumbang pingat gangsa ketiga selepas berjaya menumpaskan Hong Kong.

Trio yang dibarisi Lovelly Anne Robberth, Naccy Nelly Evvaferra dan Niathalia Sherawinnie meraih 42.4 mata menewaskan Hong Kong yang sekadar mendapat 41.8 mata.

Sebelum ini, dua gangsa yang diperolehi skuad negara pada hari pertama kejohanan menerusi S. Prem Kumar bagi acara Kumite lelaki 55 kilogram (kg) dan Zakiah Adnan dalam Kumite wanita bawah 61 kg.

Pencapaian tiga gangsa itu memperbaiki kedudukan di kejohanan sama di Uzbekistan tahun
lalu apabila hanya meraih dua gangsa serta menduduki tangga ke-13.

Keseluruhan skuad karate negara menduduki tangga ke-13 daripada 32 buah negara yang mengambil bahagian membabitkan 388 atlet pada kejohanan kali ini.

Jurulatih pasukan negara, Mohd. Norfarhan Nordin berkata, trio wanita semakin matang dan menunjukkan peningkatan dalam kejohanan kali ini.

“Saya berpuas hati kerana trio ini sudah faham dalam aspek teknikal Kata. Persembahan mereka juga semakin meningkat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya