'Usain Bolt Malaysia' tidak empat lari

‘Usain Bolt Malaysia’ tidak sempat lari

PEGAWAI pertandingan memerintahkan Muhammad Azeem meninggalkan trek kerana melakukan 'False Start'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat Malaysia untuk mempertahankan pingat emas 100 meter (m) Sukan SEA Vietnam punah selepas pelari harapan yang berumur 18 tahun, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi tersingkir seawal peringkat saringan ekoran ‘false start’.

Azeem yang terkenal dengan julukan ‘Usain Bolt Malaysia’ turun beraksi di saringan kedua disingkirkan selepas pegawai pertandingan menyatakan pelari negara itu bermula awal sebelum daripada tembakan dilepaskan ke udara.

Sementara itu, di saringan pertama, seorang lagi wakil negara, Muhammad Arsyad Md. Saat, 20, mengesahkan kemaraan ke final selepas berjaya menamatkan larian di tempat ketiga.

Bagaimanapun, selepas perlumbaan tamat, Muhammad Arsyad mengalami sedikit kecederaan sekali gus mengusarkan kem olahraga negara.

Muhammad Azeem dan Arsyad juga sebahagian daripada kuartet yang membantu Malaysia memenangi pingat perak acara 4x100m dua hari lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.