KHM perlu peruntukkan RM2 juta

KHM perlu peruntukkan RM2 juta

: SKUAD Hoki dalam dewan negara melakar sejarah layak ke Piala Dunia 2025 yang akan berlangsung Porec, Croatia pada 3 hingga 9 Februari 2025.-IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memerlukan peruntukan sebanyak RM2 juta sebagai persiapan skuad hoki lelaki dan wanita dalam dewan negara bagi menghadapi dua kejohanan utama yang bakal disertai pada 2025.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, peruntukan itu diperlukan bagi persediaan pasukan hoki dalam dewan lelaki yang bakal membuat penampilan sulung di Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia pada 3 hingga 9 Februari 2025.

Katanya, peruntukan itu juga termasuk untuk persiapan skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita negara yang diletakkan sasaran untuk membawa pulang dua pingat emas di Sukan SEA 2025 di Thailand.

“Biasanya saya boleh katakan anggaran RM2 juta diperlukan untuk menghasilkan pasukan yang kuat. Jumlah tersebut bukan untuk gaji atau elaun tetapi untuk pemain menyertai kejohanan dan membuat persediaan.

“Sebahagian besar diperuntukkan untuk tiket penerbangan memandangkan ia begitu mahal. Ini adalah persiapan bagi Piala Dunia dan Sukan SEA pada 2025,” katanya.

Subahan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Meraikan Pasukan Hoki Dalam Dewan Lelaki dan Wanita Kebangsaan yang beraksi cemerlang di Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan Lelaki dan Wanita 2024 baru-baru ini.

Dalam majlis berkenaan menyaksikan seramai 12 pemainhoki dalam dewan lelaki menerima insentif RM5,000 manakala 12 pemain hoki dalam dewan wanita menerima RM2,500.

Sebelum ini, skuad hoki dalam dewan lelaki negara melakar sejarah apabila buat julung kali layak ke Piala Dunia selepas muncul sebagai dua pasukan terbaik di Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan

Dalam pada itu, Subahan turut memberitahu dia akan mengadakan pertemuan bersama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi menentukan venue latihan buat skuad hoki lelaki dan wanita dalam dewan negara.

“Kami sudah mengenal pasti sebuah lokasi dan perlu mengadakan pertemuan dengan PSM secepat mungkin. Pada hujung tahun ini kami akan ada tempat latihan buat skuad negara,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN