Sepanyol sebelah kaki ke Piala Dunia 2026

Sepanyol sebelah kaki ke Piala Dunia 2026

MIKEL Oyarzabal meraikan kejayaannya menjaringkan gol pertama Sepanyol ketika menewaskan Georgia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Nasional Boris Paichadze, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TBILISI: Sepanyol hampir melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 selepas melakar kemenangan selesa 4-0 ke atas Georgia, semalam.

Pasukan bimbingan Luis de la Fuente itu telah memenangi semua lima perlawanan Kumpulan E dan walaupun belum mengesahkan kelayakan secara matematik, perbezaan jaringan mereka yang jauh lebih baik menjadikan Turkiye amat sukar untuk mengatasi mereka.

Sepanyol akan menerima kunjungan Turkiye pada Selasa ini dalam perlawanan terakhir kumpulan, dengan pasukan bimbingan Vincenzo Montella tiga mata di belakang selepas menewaskan Bulgaria 2-0.

La Roja beraksi tanpa pemain sayap bintang Lamine Yamal, serta beberapa pemain utama lain seperti Rodri Hernandez, Dani Carvajal dan Nico Williams, namun tetap meraih kemenangan mudah di Stadium Nasional Boris Paichadze.

Mikel Oyarzabal membuka tirai jaringan melalui sepakan penalti, dengan Martin Zubimendi dan Ferran Torres menambah jaringan pada separuh masa pertama sebelum Oyarzabal menambah gol keduanya.

“Kami berasa sangat baik selepas ini dan kami melakukan kerja yang sangat baik sebagai satu pasukan. Ia belum sah secara matematik, kami kini menuju ke perlawanan terakhir untuk mengesahkan kelayakan kami ke Piala Dunia ini.

“Kami tidak boleh mengambil mudah tetapi kami yakin dengan kemampuan kami,” kata Torres. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN