FAM sudah kenal pasti ketua jurulatih baharu Malaysia B-23

FAM sudah kenal pasti ketua jurulatih baharu Malaysia B-23

NOOR Azman Rahman (dua, kiri) bersama Aaron Ago Dagang (dua, kanan) dalam Majlis Pelancaran Karnival Uniti Pestabola Merdeka 2023 di perkarangan Kementerian Perpaduan Negara di Putrajaya hari ini. - IHSAN KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai bakal ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia bakal terjawab dalam masa terdekat selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan sudah mengenal pasti bakal pengganti E. Elavarasan.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, Jawatankuasa FAM sudah dimuktamadkan dalam mesyuarat jawatankuasa badan induk bola sepak kebangsaan itu.

Begitupun, beliau menafikan bekas bintang Jepun, Keisuke Honda sebagai jurulatih baharu Malaysia B-23 biarpun namanya menjadi sebutan peminat bola sepak tanah air.

“Kita tunggu jurulatih baharu yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini. Corak permainan mereka akan sama (seperti Harimau Malaya),” katanya dalam Majlis Pelancaran Karnival Uniti Pestabola Merdeka 2023 yang disempurnakan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang di perkarangan Kementerian Perpaduan Negara di Putrajaya hari ini.

Selain bekas bintang AC Milan, Honda, beberapa nama sebelum ini menjadi sebutan untuk menggantikan Elavarasan, termasuk penolong jurulatih skuad muda negara itu, Juan Torres Garrido dan pembantu ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon iaitu Pau Marti Vicente.

Pengendali Kedah, Nafuzi Zain dan Hairuddin Omar pula dua jurulatih tempatan yang disebut-sebut untuk membimbing skuad muda negara yang bakal menggalas cabaran getir beraksi dalam Piala Asia B-23 di Qatar tahun depan.

Begitupun menurut sumber FAM, jurulatih baharu akan diumumkan sebaik sahaja selesai segala urusan dokumentasi membabitkan, Garrido, yang berasal dari Sepanyol. – UTUSAN ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN