Vincent Tan bukan lagi pemilik KV Kortrijk

Vincent Tan bukan lagi pemilik KV Kortrijk

VINCENT Tan (kiri) ketika menyerahkan jersi KV Kortrijk kepada Luqman Hakim Shamsudin pada 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas beberapa minggu diselubungi spekulasi, hartawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan akhirnya menjual kelab Belgium, KV Kortrijk kepada taikun hartanah Amerika Syarikat (AS), Maciek Kaminski.

Vincent dilaporkan membeli kelab tersebut pada 2015 dengan harga 5 juta euro (RM25.05 juta), dan menjualnya 17.5 juta euro (RM87.68 juta).

Perkara tersebut disahkan oleh kelab dalam satu kenyataan di laman web rasmi mereka semalam.

Bagi Vincent, keputusan itu dilihat satu langkah yang tepat, terutama untuk membantu Kortrijk mara ke hadapan selepas ini.

β€œSaya ucapkan selamat berjaya kepada Maciek Kaminski dan keluarganya. Kaminski seorang pemilik yang bagus kepada kelab dan sudah mempunyai pengalaman dalam bola sepak.

β€œSaya fikir dia akan membawa kelab ke tahap lebih tinggi. Saya mahu mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada penyokong, staf dan bandar ini untuk sokongan mereka sepanjang tempoh saya berada di sini,” kata Vincent.

Sebelum penjualan dimuktamadkan, pemilik kelab England, Burnley, Alan Pace turut menyatakan minat untuk membeli De Kerels.

Bagaimanapun, tawaran Kaminski pada akhirnya dilihat lebih menarik minat Vincent.

Sebelum mendapatkan Kortrijk, jutawan Poland-AS itu turut dikaitkan dengan cubaan memiliki kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton tahun lalu tetapi tidak berjaya.

Selain Vincent, Pengarah Urusan Kortrijk, Ken Choo juga akan meninggalkan kelabΒ  sebaik sahaja perjanjian dimuktamadkan.

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin beraksi bersama KV Kortrijk sebelum menyertai kelab Iceland, Njardvik FC secara pinjaman tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Β 

BERITA BERKAITAN