Terima kekalahan, bangkit jumpa Singapura – Pan Gon

Terima kekalahan, bangkit jumpa Singapura – Pan Gon

PENYERANG Malaysia, Darren Lok (kiri) bersaing dengan pertahanan Vietnam, Nguyen Thanh Chung dalam saingan Kumpulan B, Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh, Hanoi kelmarin. Malaysia tumpas 3-0, dan kedua-dua pasukan menutup perlawanan dengan 10 pemain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mahu anak-anak buahnya menerima kekalahan kepada Vietnam dan mengalihkan fokus kepada aksi terakhir Kumpulan B menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan.

Tegasnya, tidak guna untuk terus meratapi kekalahan penuh kontroversi itu ketika Malaysia mempunyai satu perlawanan penting dan peluang untuk mara ke separuh akhir Piala AFF masih ada jika berjaya mengalahkan Singapura.

“Kekalahan ini memberi pe­ngajaran berguna kepada pasukan dan kita masih ada satu lagi perlawanan menentang Singapura di laman sendiri.

“Saya juga ingin mohon maaf kepada peminat di Malaysia kerana gagal membuat anda bangga dengan kami.

“Kami akan pulang dan perbaiki mana-masa kesilapan sebelum perlawanan menentang Singapura, kami perlu memburu kemenangan dalam pertemuan itu bagi memastikan Malaysia layak ke peringkat seterusnya,” ujarnya selepas perlawanan di Hanoi kelmarin.

AKSI Malaysia ketika menentang Vietnam kelmarin.

Dalam aksi di Stadium Nasional My Dinh itu, kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain, namun sepakan penalti yang diberikan pengadil dari Jepun, Ryuji Sato kepada Vietnam di babak kedua mencetus kontroversi.

Mengulas lanjut persembahan barisan Harimau Malaya, Pan Gon berpuas hati dengan prestasi pemainnya dan mereka telah melakukan seperti mana diarahkan.

Dalam aksi Kumpulan B itu, badi Vietnam terus menghantui Malaysia apabila tumpas 3-0 kepada skuad bimbingan Park Hang-seo pyang turut dicemari sepakan penalti kontroversi.

Pengadil Jepun, Ryuji Sato juga melayangkan dua kad merah dalam perlawanan tersebut, dengan pemain tuan rumah, Nguyen Van Toan menjadi penerima pertama kerana melakukan terjahan keras ke atas Dominic Tan pada minit ke-32.

Bagaimanapun, layangan kad merah kepada Azam Azmi Murad pada babak kedua permainan mencetuskan kontroversi apabila pemain itu dikatakan bertindak balas dengan mengasari bek kiri Vietnam, Doan Van Hau sewaktu di luar padang yang sekali gus mendorong Sato membuat keputusan tegas tersebut.

Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu memberitahu, dia akan membuat analisis penuh mengenai perlawanan tersebut dan para pemainnya perlu bangkit menjelang aksi dengan Singapura nanti.

KIM PAN GON

Mengulas lanjut persembahan barisan Harimau Malaya, beliau berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan dan para pemainnya telah melakukan seperti mana yang diarahkan oleh barisan kejurulatihan.

Ketika ditanya pula mengenai keputusannya mengeluarkan Dominic Tan dan Shahrul Nazeem pada babak kedua perlawanan, beliau menjelaskan, Dominic telah dilayangkan satu kad kuning, manakala, Shahrul ada mengadu rasa kurang selesa dan bagi mengelak kecederaan dia dibawa keluar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN