Penalti Bale selamatkan Wales - Utusan Malaysia

Penalti Bale selamatkan Wales

Bale (kanan) meledak satu gol menerusi sepakan penalti untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata berdepan AS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA : Gareth Bale memastikan Wales meraih satu mata selepas menyempurnakan sepakan penalti untuk mengikat Amerika Syarikat (AS), 1-1  pada aksi pertama peringkat Kumpulan B bertemu wakil Eropah, Wales sebentar tadi.

Wales yang bersaing dalam kancah Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun meletakkan barisan terkuat dengan kehadiran pemain penting seperti Gareth Bale, Aaron Ramsey dan Daniel James dalam kesebelasan utama.

AS yang dikendalikan oleh Gregg Belhalter pula membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan dibarisi oleh Christian Pulisic dan Timothy Weah pada aksi yang berlangsung di Stadium Al Rayyan.

AS tidak menunggu lama untuk menguji benteng pertahanan Wales apabila rembatan Josh Sargent pada minit ke-9 sedikit tersasar.

Serangan dan dominasi penuh AS pada awal saingan membuahkan hasil apabila Weah meledak gol hasil serangan balas pantas selepas menerima hantaran daripada Pulisic pada minit ke-36.

Memasuki babak kedua, Wales membuat rombakan dalam skuad utama dengan memasukkan penyerang Bournemouth, Kieffer Moore untuk digantikan dengan James.

Perubahan taktikal yang dilakukan oleh pengendali Wales, Rob Page juga telah menyaksikan AS beraksi lebih bertahan dengan pasukan Dragons banyak melakukan serangan berbanding apa yang dilalui pada separuh masa sebelum ini.

Gol yang dicari Wales akhirnya tiba selepas dihadiahkan sepakan penalti apabila pertahanan AS, Walker Zimmerman melakukan terjahan ke atas Bale pada minit ke-83.

Bale yang diamanahkan tidak mensia-siakan peluang menyamakan kedudukan dengan jaringan dan keputusan 1-1 itu  kekal sehingga tamat perlawanan. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya