Jawab kontrak lepas Piala Malaysia - Nafuzi

Jawab kontrak lepas Piala Malaysia – Nafuzi

NAFUZI Zain memilih untuk tidak menyambung kontrak lanjutan bersama Terengganu namun akan menghabiskan baki saingan Piala Malaysia bersama pasukan tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Biarpun tempoh 14 hari yang diberikan pengurusan Terengganu FC untuk Nafuzi Zain menjawab tawaran kontrak tamat hari ini, namun jurulatih Penyu itu masih belum memutuskan masa depannya.

Nafuzi, 44, menegaskan walaupun kontraknya hanya berbaki sehingga hujung bulan ini, beliau hanya mahu memberi tumpuan kepada Piala Malaysia, terutama berdepan Kuala Lumpur City (KL City) pada suku akhir kedua esok.

“Buat masa ini, saya cuma fikirkan pertemuan dengan KL City. Saya akan buat keputusan selepas tamat Piala Malaysia,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan semalam.

SELEPAS menumpaskan KL City 1-0 pada suku akhir pertama, Terengganu FC akan menerima kunjungan lawan sekali lagi dalam aksi timbal balik esok.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pe­ngarah Terengganu FC pada 25 Oktober lalu bersetuju menawarkan lanjutan kontrak setahun kepada Nafuzi susulan prestasi cemerlang pasukan musim ini.

Jurulatih kelahiran Kelantan itu diberikan masa 14 hari untuk memberi jawapan dan difahamkan Nafuzi telah menerima surat tawaran tersebut pada Sabtu, 29 Oktober lalu.

Ketika ini, khabar angin bertiup kencang mengaitkan Nafuzi bakal beralih angin mengendalikan Kedah Darul Aman (KDA) bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Aidil Shahrin Sahak.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu FC, Ab. Rasid Jusoh, ketika dihubungi enggan mengulas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.