Aksi N. Sembilan, Kedah ditunda esok kerana hujan lebat

Aksi N. Sembilan, Kedah ditunda esok kerana hujan lebat

PENGADIL perlawanan Liga Super di antara Negeri Sembilan menentang Kedah memeriksa keadaan padang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam ini. -UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Aksi Liga Super di antara Negeri Sembilan dan Kedah Darul Aman (KDA) yang dijadual berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini ditunda ke pukul 8.15 malam esok.

Komisioner Perlawanan, M. Elagkoven berkata, aksi kedua-dua pasukan pada malam ini tidak dapat dimulakan susulan hujan lebat yang tidak berhenti sejak petang selain air yang bertakung di permukaan padang menyebabkan perlawanan tidak sesuai dijalankan.

“Perlawanan Liga Super 2022 di antara pasukan Negeri Sembilan dan Kedah Darul Aman ditunda akibat cuaca buruk.

“Saya telah dimaklumkan oleh pengadil bahawa keadaan padang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tidak sesuai untuk memulakan perlawanan pada malam ini,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Negeri Sembilan kini berada di kedudukan keempat Liga Super dengan 35 mata selepas mengharungi 19 perlawanan, manakala Kedah di tangga keenam dengan 27 mata selepas 19 perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya