IHPR Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Mac - Utusan Malaysia

IHPR Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan mencatatkan IHPR Malaysia meningkat 1.6 peratus pada bulan lepas, berbanding 0.3 peratus pada Februari tahun ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, semua sektor menunjukkan peningkatan pada Mac 2024 sekali gus menyumbang kepada peningkatan indeks
secara keseluruhan.

Menurutnya, sektor perlombongan naik 8.3 peratus daripada 5.3 peratus pada Februari 2024, disebabkan oleh indeks pengekstrakan petroleum mentah iaitu 11 peratus.

“Pada masa sama, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 5.5 peratus daripada enam peratus, dengan indeks penanaman tanaman kekal dan pengeluaran ternakan masing-masing naik sebanyak 9.0 peratus dan 3.8 peratus.

Sektor pembuatan meningkat perlahan 0.6 peratus daripada negatif 0.7 peratus pada bulan sebelumnya disebabkan oleh pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal dan pembuatan kimia dan produk kimia,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, bagi sektor utiliti, indeks bekalan elektrik dan gas serta bekalan air masing-masing meningkat sebanyak 0.1 peratus dan 6.0 peratus.

Dalam pada itu, mengulas mengenai IHPR Pengeluaran Tempatan mengikut peringkat pemprosesan, katanya, indeks bahan mentah untuk diproses selanjutnya meningkat 7.4 peratus pada Mac 2024

Sementara itu, beliau berkata, indeks bahan bukan makanan mencatatkan peningkatan sebanyak 8.8 peratus.

“Indeks barang siap naik 1.9 peratus (Februari 2024: 1.1 peratus), disebabkan oleh peningkatan dalam indeks kelengkapan modal sebanyak 4.0 peratus

“Sebaliknya, indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen terus menurun dengan kadar yang lebih perlahan negatif 0.4 peratus , disebabkan oleh indeks bahan api yang diproses dan pelincir turun sebanyak 9.2 peratus.

Indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya meningkat 3.2 peratus, manakala indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen serta barang siap masing-masing meningkat sebanyak 1.3 peratus dan 0.9 peratus.

Beliau menambah,IHPR pengeluaran tempatan mencatatkan peningkatan 0.4 peratus pada suku pertama 2024 selepas penurunan negatif 1.0 peratus pada suku keempat 2023.

Jelas beliau, sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 4.9 peratus, diikuti oleh perlombongan dan bekalan air, masing-masing meningkat sebanyak 4.0 peratus dan 3.4 peratus pada suku pertama tahun ini.

“Walau bagaimanapun, sektor pembuatan dan bekalan elektrik dan gas masing masing mencatatkan penurunan negatif 0.3 peratus dan negatif 0.2 peratus pada suku tersebut,” katanya.

Sementara itu, perbandingan suku tahun ke suku tahun menunjukkan IHPR meningkat 0.6 peratus berbanding negatif 0.3 peratus pada suku keempat 2023.

Perbandingan dengan negara lain pula menunjukkan bahawa IHPR Amerika Syarikat meningkat 2.1 peratus pada bulan ini berbanding 1.6 peratus pada Februari 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN