Yob resah tiga tonggak cedera - Utusan Malaysia

Yob resah tiga tonggak cedera

PERAK berharap Sergio Aguero (kiri) sempat pulih menjelang Piala Malaysia bersambung hujung bulan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kurang dua minggu sebelum Piala Malaysia kembali bersambung pada 29 Oktober ini, Bos Gaurus diulit resah kerana tiga tonggaknya masih cedera.

Bintang tengah kelahiran England, Charlie Machell, penyerang Argentina, Sergio Aguero dan pemain sayap, Fariz Khazali masih dibelenggu kecederaan.

“Kecederaan Aguero dan Charlie sudah agak lama, manakala Farid baru terce­dera semasa latihan.

“Apapun saya yakin mereka akan sembuh apabila kami turun bertemu Terengganu FC dalam Piala Malaysia pada 30 Oktober di Ipoh,” kata jurulatih sementara Bos Gaurus, Mohd. Shahril Nizam Khalil.

Shahril tidak mahu ter­buru-buru menurunkan trio tersebut apabila mereka me­ngadakan tiga perlawanan persahabatan menentang Kelantan FC hari ini, diikuti Kedah (20 Oktober) dan Pe­nang FC ( 23 Oktober).

Pertemuan dengan Kelantan dan Kedah akan diadakan di Stadium Perak, manakala dengan Penang FC di Pulau Pinang

“Biarlah mereka pulih sepenuhnya agar dapat membantu pasukan dalam perlawanan sebenar,” katanya.

Shahril legal kerana sebelum ini dia menghadapi kesukaran untuk mencari pasukan bagi mengadakan perlawanan.

Katanya keputusan perlawanan tidak penting kerana apa yang penting ialah menilai persembahan pemain serta keserasian gandingan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya