Piala Malaysia 100 tahun: Selangor, Singapura perseteruan terhebat - Utusan Malaysia

Piala Malaysia 100 tahun: Selangor, Singapura perseteruan terhebat

PERMUSUHAN Singapura dan Selangor menjadi sebahagian sejarah menarik Piala Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sepanjang sejarah Piala Malaysia, Selangor dan Singapura bersilih ganti menjuarai kejohanan bola sepak tertua di Asia Tenggara itu menjadikan ia sebagai ‘perseteruan terhebat’.

Apabila saingan 2021 membuka tirai esok, ia tahun ke-101 Piala Malaysia dipertandingkan, namun disebabkan kejohanan musim lalu dibatalkan ekoran Covid-19, sambutan seabad diadakan musim ini.

Mula diperkenalkan pada 1920 sebagai Piala Malaya, kejohanan ketika itu disertai oleh Selangor, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Singapura.

Selangor menang selepas menewaskan Pulau Pinang 5-1, namun kejohanan hanya dikira secara rasmi pada 1921 yang menyaksikan Singapura dinobat sebagai juara sulung menewaskan Selangor 2-1 dalam final.

Dalam sejarah kejohanan, Selangor dan Singapura bertemu 23 kali di final, yang mana ­Si­ngapura menang 11 daripada pertemuan. Kedua-dua pasukan turut berkongsi trofi pada 1929 serta 1928.

SINGAPURA juara pertama Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor 2-1.

Pada 1933, Piala Malaya ditukar kepada Piala HMS Malaya sempena kapal perang HMS Malaya.

Kapten kapal, Ion Beauchamp Butler menyumbang sebuah piala dan menamakan ia Piala HMS Malaya.

Perang Dunia Kedua memaksa kejohanan dihentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya disambung pada 1948, namun pada 1967 ia ditukar kepada Piala Malaysia.

Tidak lama kemudian, pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai pertandingan.

Biarpun kejohanan sering bertukar nama, Selangor de­ngan 33 kejuaraan dan Si­ngapura 24 meneruskan permusuhan sehinggalah peristiwa 1994 merubah segalanya.

Krisis Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) me­nyaksikan Singapura menarik diri dari Liga Malaysia pada 1995, namun mereka sempat bergelar juara buat kali terakhir pada 1994, menewaskan Pahang.

Bermula 1999, pasukan yang bertanding dalam Piala Malaysia juga telah bertambah kepada 12 sebelum menjadi 16.

Di bawah format baharu, 11 pasukan terbaik Liga Super dan lima terbaik Liga Perdana layak merebut Piala Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya