fbpx

5 Ogos 2021, 3:46 pm

  TERKINI

Peminat England parah terjatuh di Stadium Wembley

SEORANG penonton di Stadium Wembley cedera parah selepas dilaporkan terjatuh sebaik sahaja perlawanan antara England dan Croatia bermula. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang penonton antara England dan Croatia dilaporkan kritikal selepas terjatuh di Stadium Wembley di sini sebaik sahaja permainan bermula.

Sebuah portal melaporkan, seorang jurucakap stadium memberitahu menerima laporan mengenai insiden itu ketika penonton hadir untuk menyaksikan perlawanan pertama di stadium itu.

“Kita dapat sahkan penonton terjatuh daripada tempat duduknya di bahagian atas sebaik sahaja perlawanan bermula antara England dan Croatia.

“Susulan itu, dia dikejakan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan penonton berkenaan dilapor mengalamai kecederaan serius,” katanya.

Tambahnya, pihak stadium akan memberi kerjasama dengan UEFA bagi menyiasat insiden terbabit.

Dilaporkan, seramai 18,497 penonton hadir menyaksikan perlawanan yang dimenangi England 1-0.


Stadium Wembley akan menjadi gelangangg lapan perlawanan ketika Euro 2020 berlangsung dan menghadkan jumlah kehadiran penonton kepada 22,500 orang sahaja iaitu suku daripada kapasiti penuh.

Bagaimanapun, pihak stadium berharap, jumlah penonton dapat ditambah untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir dan akhir di sana. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI