fbpx

5 Ogos 2021, 3:15 pm

  TERKINI

Gol dramatik Dumfries benam Ukraine di saat akhir

TANDUKAN penyudah daripada Denzel Dumfries (kanan) memasuki gawang Ukraine pada minit ke 85. Belanda menang 3-1 ketika menentang Ukraine dalam aksi peringkat Kumpulan C Euro 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Pemain pertahanan Belanda, Denzel Dumfries muncul penyelamat pada minit ke 85 apabila menanduk gol kemenangan selepas pasukannya terikat 2-2 dengan Ukraine dalam aksi kedua Kumpulan C sebentar tadi.

Kemenangan di Stadium Johan Cruyff Arena, Amsterdam mengakhiri penantian skuad Oranje selepas tidak muncul dalam kejohanan utama termasuk Piala Dunia 2018 dalam tempoh 7 tahun lalu.

Dumfries yang juga merupakan pemain pertahanan PSV Eindhoven, menanduk bola hantaran daripada Nathan Ake, sekali gus melengkapkan babak kedua gol lima minit sebelum permainan berakhir.

Sebelum itu, ketua pasukan, Georginio Wijnaldum dan Wout Weghorst masing-masing menjaringkan gol pada minit ke 52 dan 58, namun jaringan pemain hadapan itu diserikan dengan jaringan pemain Ukraine, Adriy Yarmolenko (minit ke 75) dan Roman Yaremchuk (minit ke 79).

Kemenangan skuad diketuai jurulatih, Frank de Boer itu mencipta laluan selesa sebagai tuan rumah untuk ke pusingan seterusnya bagi menentang Austria yang menewaskan Macedonia Utara tadi di Bucharest dalam kumpulan yang sama.

Aksi yang ditunjukkan pemain Belanda dalam perlawanan tadi adalah cemerlang di hadapan 16,000.


Belanda sebelum ini gagal melayakkan diri untuk beraksi dalam Euro 2016 dan Piala Dunia 2018 di Rusia, terdahulu dalam Piala Dunia 2014 pasukan itu berjaya merebut tempat ketiga selepas menewaskan Brazil 3-0.

Malah, kali terakhir Belanda memenangi Euro adalah pada 1988. Namun, aksi pemainnya semakin menurun apabila sekadar memasuki peringkat separuh akhir pada tahun 1992, 2000 dan 2004.

Dalam siri kejohanan pada 2012 pun, pasukan itu tersungkur dalam aksi peringkat kumpulan sebelum gagal melayakkan diri pada tahun 2016.

Walau bagaimanapun, kemunculan pemain seperti Frenki de Jong (tengah) dan Matthijs de Ligt (pertahanan) seperti memberi suntikan baharu kepada Belanda dan harapan buat penyokong pasukan itu. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI