Air mata Messi iringi penyingkiran Barcelona - Utusan Malaysia

Air mata Messi iringi penyingkiran Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Lionel Messi meledak gol cantik untuk membantu Barcelona seri 1-1 dengan Paris Saint-Germain (PSG) di Paris hari ini.

Malangnya, kerosakan yang sudah dilakukan Barca dalam perlawanan pertama di Camp Nou bulan lalu terlalu teruk dan membawa kepada penyingkiran juara lima kali itu dari Liga Juara-Juara.

Kekalahan 1-4 di laman sendiri pada 17 Februari lalu menyebabkan Barcelona gagal ke suku akhir secara agregat 2-5.

Kylian Mbappe membuka jaringan PSG menerusi sepakan penalti pada minit ke-30 selepas video bantuan pengadil (VAR) mendapati Clement Lenglet menjatuhkan Mauro Icardi.

KYLIAN Mbappe meraikan jaringannya menerusi sepakan penalti.

Messi menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian menerusi rembatan dari jarak 70 meter yang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Keylor Navas.

Barcelona kemudian dihadiahkan sepakan penalti, namun tendangan yang diambil oleh Messi sekadar menggegar palang gol.

Gergasi bola sepak Sepanyol itu juga melakukan segala-galanya yang terdaya untuk bangkit, termasuk beberapa peluang yang dicipta Ousmane Dembele dan Sergino Dest, namun gol yang dinantikan masih tidak menjelma.

Skuad bimbingan Ronald Koeman akhirnya gagal ke suku akhir saingan kelab elit Eropah buat kali pertama sejak 2007. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.